Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
 | Orang Islam. |
 | Menghadap arah Kiblat |
 | Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. |
 | Akil baligh |
 | Melihat atau mendengar. |
 | Jaga (tidak tidur) |
 | Sudah masuk waktu sembahyang. |
Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
 | Sesudah masuk waktu sembahyang. |
 | Menghadap ke arah Kiblat. |
 | Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). |
 | Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. |
 | Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. |
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
 | BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
|
 | NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
|
 | TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
|
 | MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
|
 | RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
|
 | IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
|
 | SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
|
 | DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
|
 | DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
|
 | MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
|
 | MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
|
 | MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
|
 | TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat. |
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
 | Batal Wuduk. |
 | Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). |
 | Terbuka Aurat. |
 | Melangkah, tiga langkah berturut-turut. |
 | Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. |
 | Tertawa Terbahak-bahak. |
 | Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. |
 | Berubah Niat. |
 | Mendahulu Imam sampai dua rukun. |
 | Meninggalkan rukun Sembahyang. |
Sumber : E-Zakat
|
Related Posts : Rukun,
Rukun Solat,
Solat
1 comments:
L'Auberge Casino Slots - Best Chance to Win Real Money! 온라인카지노 온라인카지노 10bet 10bet 70횄얼 카지노 사이트 바로 볔있다
Post a Comment