|
RUKUN ISLAM
| MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH |
| "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya. |
| |
| SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM |
| Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW. |
| |
| MENGELUARKAN ZAKAT |
| Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya |
| |
| BERPUASA DI BULAN RAMADHAN |
| Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt |
| |
| MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH |
| Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. |
RUKUN IMAN
| BERIMAN KEPADA ALLAH |
| Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan selain Allah swt |
| |
| BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT |
| Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah. |
| |
| BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB |
| Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN |
| |
| BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL |
| Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW |
| |
| BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT |
| Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka. |
| |
| BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR |
| Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya |
|
Sumber :
E-Zakat
Related Posts : Asas,
Asas Kerukunan Islam,
Islam,
Rukun,
Rukun Iman,
Rukun Islam
1 comments:
Twin disasters in 2014, including the disappearance of Flight 370 en route from Kuala Lumpur to Beijing, hurt the airline's reputation. But Mueller said its main problems were an unsustainable network of routes, high operating costs and archaic information technology systems, among Watch Online Jobs Alerts On Jawatankosong.
Post a Comment